My Blog List

pujian bagi ALLAH

Jadual Solat

my biodata

Bandar Tenggara, Johor, Malaysia
an active and cool boy

Tuesday, 18 October 2011

Kerjaya Polis

Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk memilih salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan bagi merealisasikan impian anda.

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel Tambahan, Konstabel, Inspektor dan Kadet ASP. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.
Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
Kenaikan Pangkat :
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Blog Archive